INNA LILLAH HIWA INNA ILA HIRROJI'UN..

tika ini langkah terasa payah..
nafas terasa lelah..
hati teramat gelisah..menghadapi ujian Yang Maha Esa.
KALBUKU..
yakinlah pada janji Ar-Rahim..
kau tidak pernah sendiri..
tidak mungkin jua terasa sunyi..
mustahil jua tandus tanpa cinta..
kerana kasihNYA sentiasa ada buatmu.
NURANIKU..
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu..
teguhlah kau terus berdiri..
kerana kau pasti mampu menghadapinya..
itulah janji ALLAH Yang Maha Esa.
PENAWAR..
biar perit terasa mengejar cintaNYA..dari terleka mencari fatamorgana yang fana..
berimanlah..ini terbaik untukmu..
segalanya tersurat sudah..
kerana DIA Khalidmu..Maha Mengetahui akan segala sesuatu..
pasti ada sebabnya akan setiap kisah hidupmu..

1 comment:

faisol said...

sebuah renungan yg begitu menyentuh asa & rasa... terima kasih sharingnya...

sebagai tambahan, saya membuat tulisan tentang "Benarkah Kita Hamba Allah?"
silakan berkunjung ke:

Benarkah Kita Hamba Allah?
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/